Monday 5 December 2011

Kelebihan puasa pada 9 & 10 Muharram

Written by Nadia at 10:29 pm
Hari ni saya nak kongsi kelebihan berpuasa pada 2 hari ni. Info pun saya google je. Yelah, org puasa kita pun ikut puasa gak tapi ape fadhilatnye, kta xtau and maybe x terpikir pun nak tau. Betul tak?? :)

Fyi, sebelum puasa bulan Ramadhan difardhukan pada tahun ke 2 Hijrah, puasa pada hari A'syura (10 Muharram) adalah wajib. A'isyah r.a berkata (maksudnya) "Nabi Muhammad S.A.W telah mengarahkan berpuasa pada hari A 'syura,dan apabila puasa Ramadhan difardukan, maka jika sesiapa yg hendak berpuasa (Hari A'syura), boleh berpuasa. Jika tidak dia boleh berbuka (tidak berpuasa)" ~ Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim.

Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram
• Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya) " Nabi Muhammad S.A.W ketika ditanya mengapa berpuasa pada Hari A'syura,baginda menjawab 'Ia menghapuskan dosa setahun yg lalu'" (Hadith Riwayat Imam Al-Tirmizi)

Kelebihan berpuasa pd 9 Muharram (Puasa Tasu'a)
• kita digalakkan berpuasa pada 9 Muharram kerana mengikut Ibn Abbas r.a, Nabi Muhammad S.A.W berniat untuk berpuasa pada 9 Muharram pada tahun hadapannya tetapi baginda wafat sebelum muncul tahun hadapan.

Diriwayatkan oleh Jundub Bin Sufian bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) "Sesungguhnya solat yg paling utama selepas solat fardhu ialah solat di waktu tgh malam dan puasa yg paling utama selepas Ramadhan ialah pada bulan Allah yg kamu panggil Muharram" (Hadith Riwayat Imam Al-Nasa'ie)

Sooo jom semua! Esok kita puasa ramai2 :D

P/S : Sambil2 baca entry,joinla GA contest saya ^__^


Much love everyone ~__~

0 comments on "Kelebihan puasa pada 9 & 10 Muharram"

Post a Comment

- I'd appreciate your comments
- No harsh words, please :)
- Thank you :D

 

✿Ceritera Nadia✿ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Copyright©Belongs to Nadia and Nadia only